Kanak-kanak
tersebut mendapatkan maklumat tentang Hari Keamanan Antarabangsa di
Internet dan mendapati apa yang telah dibincangkan oleh mereka adalah
tepat. Perhimpunan Umum PBB telah meluluskan satu resolusi meminta seluruh
dunia untuk mengadakan Gencatan Senjata dan Hari Keamanan di rumah,
komuniti dan antara negara pada 21 September. Kanak-kanak tersebut perlu
berusaha untuk menjayakan kempen mereka dengan segera.
Usaha ini bermula secara
kecil pada peringkat awal, dengan kanak-kanak berbual dengan rakan-rakan
di sekolah dan kawasan kejiranan.
Kemudian akan tersebar di
sekolah-sekolah yang lain. Semakin banyak orang yang berbincang tentang
Hari Keamanan Antarabangsa pada 21 September," dan apa yang boleh mereka
lakukan adalah dengan meraikan hari tersebut dan menjadikan gencatan
senjata berkesan."