Di sekolah Maya, mereka mengadakan peraduan poster
"Hari Keamanan Antarabangsa 21 September". Sekolah Kwanza pula mengadakan
pertandingan menulis esei.
Kelas Amir mewujudkan Kelab
Hari Keamanan Antarabangsa. Mereka meminta Datok Bandar mengumumkan
Proklamasi Keamanan untuk 21 September. Mereka juga menulis surat kepada
Gabenor dan meminta beliau mengumumkan Proklamasi. Banyak wartawan akbar,
radio dan TV datang ke sekolah mereka untuk menyaksikan Gabenor mengisytiharkan
proklamasi tersebut.
Kejadian ini memberi inspirasi
kepada semua warga sekolah untuk terlibat sama. Mereka menulis surat
kepada 191 ketua negara.
"Ke hadapan Presiden", atau
"Ke hadapan Perdana Menteri", atau "Ke hadapan Raja" , atau "Ke hadapan
Permaisuri". Kami, kanak-kanak sedunia, telah bosan dengan segala peperangan,
bosan dengan segala pembunuhan dan penderitaan. Tolonglah menyokong
Gencatan Senjata Sejagat dalam Hari Keamanan Antarabangsa. Bersama-samalah
meraikan 21 September sebagai hari yang aman di rumah kita, komuniti
kita dan di antara negara. Terima kasih dan semoga keamanan menjelma
di muka bumi ini."