"Nanti dulu, kawan-kawan," Ali bersahut. "Saya rasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telahpun mengadakan hari keamanan dunia…."

"Awak betullah, Ali!" Maria ketawa. "Saya ingat semasa kita melawat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kita telahpun mendengar tentang Hari Keamanan Sedunia. Saya ingat hari itu jatuh pada……"

"21 September!" jerit Ali. "Tepat! Mereka telahpun lama menyambut Hari Keamanan Sedunia, tetapi tidak ramai orang yang benar-benar menngetahui tentang hari tersebut.."

"Apa kata jika kita minta semua kanak-kanak sedunia membantu untuk menjadikan 21 September ini Hari Keamanan yang paling meriah!" Wei-Ling memberi cadangan.

"Mari kita lakukannya!" kesemuanya membuat persetujuan.




Hari Keamanan Antarabangsa 21 September
A PeaceKidz Adventure

 

Story © 1996, 2003 Steve Diamond & Robert Alan Silverstein
Translated by Siti Anidah Mahadi
Illustrations © 1997 Ginger Nielson
This story may not be copied or transmitted for commercial uses.

Perform the International Day of Peace, September 21 Play

International Day of Peace



Semoga Keamanan Wujud Di Bumi