"Pernah perkara itu berlaku sebelum ini?" Tanya
Kwanza. "Adakah sesiapa yang tahu?"
"Saya telah membaca banyak
buku sejarah," ujar Maya, "dan semuanya berkaitan dengan peperangan
- tentang sebuah negara menakluki negara yang lain, ataupun sesuatu
kumpulan menyakiti sekumpulan yang lain."
"Ya, dan itu tidak mengambilkira
apa sahaja alasan-alasan yang diberikan," tambah Wei-Ling, seperti kanak-kanak
yang lain, bijak berbanding usianya.
"Jadi, apa yang boleh kita
lakukan?" Tanya Jose.
"Kita semua hanyalah kanak-kanak.
Siapa yang akan mendengar suara kita? Orang-orang dewasa selalu sahaja
bertindak seolah-olah mereka tahu semuanya," sampuk Ali.
"Tetapi, bila kali terakhir
kanak-kanak memulakan peperangan?" Tanya Kwanza.
"Awak betul," kata Maya,
"tidak terdapat satupun sejarah yang mengatakan kanak-kanak yang memulakan
peperangan."
"Sekiranya itu betul," jawab
Maria, "mungkin kanak-kanaklah yang dapat membawa Keamanan Dunia! Kemudian
manusia boleh bekerjasama menjadikan hidup ini lebih adil kepada semua."

Hari
Keamanan Antarabangsa 21 September
A PeaceKidz Adventure
Story © 1996, 2003 Steve Diamond
& Robert Alan Silverstein
Translated
by Siti Anidah Mahadi
Illustrations © 1997 Ginger Nielson
This story may not be copied or transmitted for commercial uses.
Perform
the International Day of Peace, September 21 Play
International Day of Peace

Semoga Keamanan Wujud
Di
Bumi