Pada masa dahulu, terdapat sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai Mimpi.
Mimpi mereka pada Satu Hari akan terdapat
keamanan di muka bumi
"Bayangkan," kata Johnny, "sekiranya semua
di dunia ini cuba wujudkan keamanan untuk satu hari, kemungkinan keamanan
akan kekal."
"Tetapi, terlalu banyak persengketaan di
dunia ini," Maria mengingatkannya, "di rumah kita, jiran dan di antara
negara."
"Ya lah," Amir menambah, " manusia tidak
lagi menghormati sesama sendiri ataupun bumi ini. Tetapi jika dunia
cuba untuk saling memahami pada Satu Hari, kesemuanya itu mungkin berubah."
"Kamu fikir adakah itu mustahil?" Tanya
Wei-Ling. "Kamu ingat dunia ini boleh berhenti berperang, hanya untuk
Satu Hari?"