Mereka memulakannya di rumah-rumah mereka, membantu untuk mewujudkan keamanan dalam keluarga mereka, kemudian di bandar mereka dengan menyebarkan mesej kepada setiap individu.

Ada yang mengadakan pesta keamanan dan perhimpunan. Ada juga yang mengadakan kain-kain rentang keamanan yang menyatakan mesej 'Semoga Keamanan Wujud di Muka Bumi ini' dalam pelbagai bahasa. Ada yang mewujudkan taman-taman keamanan. Semua orang bekerjasama untuk membina ikatan komuniti yang lebih faham-memahami. Kempen untuk hari pertama keamanan kemanusiaan semakin subur dan tersebar di seluruh dunia.

Tahun ini, dengan bantuan anda semua, 21 September akan menjadi Hari Keamanan yang terbesar. Setiap orang mampu mencipta sesuatu yang berbeza.

Apakah idea-idea kreatif yang boleh anda lakukan untuk membantu berkongsi semangat keamanan pada 21 September…. di rumah anda, di bandar ataupun negara anda?

Ingat, keamanan semakin nyata dengan tiadanya peperangan. Ini berkait rapat dengan usaha kita menghormati diri kita, sesama kita sendiri dan dunia yang kita kongsi bersama. Semuanya bermula daripada kita, SATU HARI pada masa yang sama….

Semoga Keamanan Wujud Di Bumi


 

Hari Keamanan Antarabangsa 21 September
A PeaceKidz Adventure


Story © 1996, 2003 Steve Diamond & Robert Alan Silverstein
Translated by Siti Anidah Mahadi
Illustrations © 1997 Ginger Nielson
This story may not be copied or transmitted for commercial uses.

Perform the International Day of Peace, September 21 Play

International Day of Peace



Semoga Keamanan Wujud Di Bumi